bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

Terasa ingin melakukan sesuatu

Assalamualaikum.

Today is sunday and sunday is today. Pagi semalam bangun pagi pergi berjogging. Hari ni pon same. Walopon petang2 pon pergi jogging tapi tak tau kenape bile diajak oleh wani g jogging pagi semalam, terasa ringan je nak g. Aku ni badan dah kocik, tak kan la aku nak kuruskan badan jugak kan. Oh no no no,,, bukan motifku untuk kurangkan berat badan tapi ade motif lain ye.. Selain nak sihat tubuh badan, aku sebenarnya nak bangun subuh. Mengakui diri ini tak sempurna, time subuh je asyik terlajak. Ish3 ape nak jadi kan. So aku ambek alternatif lain iaitu berjanji ngan wani dan 'aieen nak ikot diorang p joging pagi2 kol 7am walopon aku lewat 20 minit. Dan aku bersyukur kali ni aku tak terlepas subuh. Alhamdulillah. Pagi semalam kami bertiga dan pagi kami sudah berempat,,tiha dah join same. Seronok sebenarnye joging pagi2 ni, sejuk je, udara pon nyaman kan.

Okay pagi tadi lepas je joging kami sarapan skit. Setibanya di bilik, aku terpikir sesuatu. Semalam wani ajak aku join ngan jadi runner jual baju ump. Aku on aje. Satu baju rm3.50. So share2 la aku ngan wani. Tak tau sekarang maybe terasa duit ni makin berkurangan, terasa nak buat something yang ada hasil $$$. So pagi tadi terpikir la dalam kepala otak aku ni nak buat and jual something. Dah tau dah ape yang 'something' tu. Tak boleh la bagi tau sekarang, nanti tak jadi lak. Masih dalam perangcangan. Modal maybe rm100. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukannya. So harap2 menjadi plan aku ni. Same2 doakan aku ye.

Saturday, January 22, 2011

SenYuM SeiNdAh SuRia

 

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...



Korang ingat tak lagu 'senyum' ni
Mesti kena ingat ni
x ingat aku cepuk kang..
hehe..
Dulu mase mule2 masuk matrik @kmpk,
macam biase la ade minggu orientasi..
tak ingat la ape name die,
kalau kt ump ni kite panggil minggu induksi kan..
kat kmpk tu aku lupe lak ade name lain ke x selain orientasi tu.
Diimbas-imbas kembali kenangan mase tu,
teringat lak fasi-fasi tu soh kitorang nyanyi lagu senyum ni.
"eleh nak kene nyanyi tu je ke?"
fasi tu pon jwb ,
"eh bukan la,,korang kene nyanyi lagu ni tapi 
senyum tu korang tukar jadi kentut "

cuba korang smua nyanyi lagu tu..
nyanyi la..best kan...


ok rindu korg2 kt kmpk lu...




 

Sunday, January 16, 2011

Aku MasiH DarA??



Ok tajuk kali ni 'AKU MASIH DARA'
Of course and for sure la aku masih dara...hehe..
Actually bukan nak story yang aku ni masih dara tapi ini story dari filem Ahmad Idham la.
Cerita ni banyak spekulasi n kontroversi.
Yela kan cerita pasal keruntuhan akhlak.
Tapi ade jugak pengajaran nya ye.
Yang keruh kita buang, yang jernih lah kita ambik ye kawan2.
Malas nak crite panjang2, tengok la sendiri.



Dalam cerita ni,,,

Satu confession dibuat si dara...

"i'm still a virgin, yeah saya masih dara. Mungkin awak tengok hidup saya liar, xde pedoman, bergelumang dengan dosa dan noda,,,tapi saya ade prinsip. Mahkota saya cuma untuk seorang lelaki yang boleh membimbing dan memimpin saya, bukan untuk lelaki yang cuma fikirkan nafsu semata2....demi ALLAH aku masih dara."

Dan dijawab oleh si teruna ni....

"susah sekarang ni gadis seperti awak berani berterus terang ttg isu sebegini kan. Seorang perempuan mempunyai 9 darjah keaiban. itu malu. Bila semua darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita, maka rosak lah akhlaknya, berlakunya maksiat dan penzinaan,,,dan itu adalah dosa2 besar. Bila adenya dosa2 besar, susah untuk kita mendapatkan ketenangan dalam diri kita.
Sementara lelaki pula ade 1 darjah keaiban, sebab itulah lelaki ni suka mendesak, merayu, menzalimi wanita, memperdagangkan dan mempergunakan wanita."



Sama2 lah kita renungkan....dan selamat beramal...





KeLuang mAn.....ingat lagi???

Keluang Man, watak superhero animasi kartun tempatan yang berdasarkan kelawar buah, dipilih menjadi maskot dannrakan promosi Tahun Kelawar 2011-2012 di negara ini. Pengarah Zoo Negara Dr Muhammad Ngah berkata langkah itu adalah untuk menarik minat kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat 1,100 jenis kelawar yang wujud di seluruh dunia dan usaha yang dijalankan untuk melindungi mamalia itu.


Dengan wujudnya kesedaran sedemikian, akan menggalakkan kanak-kanak untuk melawat Zoo Negara bagi mengenali kelawar dengan lebih dekat lagi, katanya semasa merasmikan sambutan Tahun Kelawar 2011-2012 di Zoo Negara ini. Beliau juga berkata pengunaan Keluang Man itu dijayakan bersama Persatuan Animasi Malaysia (Animasi).


Dr Muhammad, yang juga Stiausaha Persatuan Zoo Asia Tenggara (SEAZA) berkata usaha mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai kelawar adalah penting kerana mamalia itu banyak menyumbang jasa kepada persekitaran global contohnya daripada segi kawalan serangga dan penyebaran biji benih.
Penyelidikan telah mendapati bahawa kelawar memakan sekurang-kurangnya 10,000 kg serangga dalam satu malam dan membantu penyebaran 134 benih pokok, katanya. Beliau berkata kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang dan dipercayai terdapat 1,100 spesies di seluruh dunia dan sebanyak 118 spesies daripadanya telah dijumpai di Malaysia.

Dr Muhammad berkata separuh daripada 1,100 spesis itu kini terancam dan daripada 118 spesies kelawar tempatan, sebanyak 34 spesies dikenal pasti terancam. Beliau berkata tahun ini dan 2012 telah dinamakan sebagai tahun kelawar oleh Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu tentang spesies yang berhijrah (CMS) dan Perjanjian Kesepakatan mengenai pemulihan populasi Kelawar Eropah (EUROBATS) serta Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia (WAZA). Beliau berkata di Malaysia, kumpulan terbesar spesies kelawar megabats, iaitu yang memakan buah-buahan telah ditemui di Hutan Simpan Krau, Pahang yang meliputi kawasan seluas 3km persegi.

- Kuala Lumpur, 15 Januari 2011

Wednesday, January 12, 2011



Di Lubuk Hatiku Adalah Kamu
Yang Aku Perlu
Seluruh Jiwaku Hanya Dirimu
Yang Aku Mahu

Telahku Percayakan Hati Ini Padamu
Maka Kita Tak Saling Risau
Risau......Risau.....Risau

Kalau Cinta Jangan Kacau
Kalau Sayang Tak Perlu Marah
Kalau Ikhlas Tak Minta Berbalas
Serahkan Cintamu Pada Yang Punya Cinta

Kau Kuperlu
Kau Jiwaku
Kau Cintaku
Kau Kurindu

Tuesday, January 4, 2011

K eMbaLi PuLaNg

Hai semua...

Setelah lama mghilang kini kembali pulang...hilang la sbb tak ade lg sumber2 yang mmbolehkan diri ini menulis kt blog ni..maknenye xleh online dan maknenye jugak xde intenet..hehe

Ok dah masuk tahun baru. Walopon agak lambat tapi nak wish gak selamat tahun baru. Cakap pasal tahun baru ni mesti ramai yang dah pasang azam baru kan. Ade jugak yang masih ingin langsaikan azam tahun lepas. Kenapa tak dilangsaikan terus tahun lepas. Sendiri punye hal kan, mesti ade sebab. Sendiri mau ingat la. 

Aku pulak xtau la dh langsai ke blom, malas nak pikir sbb maklum la dh ade azam baru kan. Yang lepas yg xbrapa elok, xbrape jadi, yg buruk, yg jelek, dan segala macam yang negative la...mari la kite same2 lupekan dan tinggalkan je kt 2010 tuh..jangan dibawak2 lagi ke 2011 ni..InsyaAllah tahun 2011 ni akan jd lebih baik dan lebih bermakne dari tahun 2010. Renung2 kan dan selamat beramal.

Azam aku? ape lak azam aku tahun baru ni. Memang ade byk azam baru ni tapi aku dah decide xmau bgtau kt korang sume. Sebab kalo aku cakap nanti takut tak tercapai akalku pulak. So biarlah rahsia. Just let me prove it to myself first...

Sekarang berbalik pada tahun lepas 2010, memang byk dugaan dan jugak kenangan yg xbisa dilupekan. First nak citer pasal gambar2 kt entry sbelom ni. Actually tu aku pegi lawatan sambil belajar kt uthm..hehe. Maklum la kan baru habis final mase tu, pegi la pulak melawat orang yang baru nak start final. Kat sane banyak bende yg aku belajar, name dh lawatan sambil belajar kan, mesti ade yg dipelajari. Cara diorang study, suasana study dan kehidupan dalam tu sendiri memang sgt berbeza kat ump ni. Tapi xtau la suasana tu time study week je ke..hehe. Tapi ape yg nak disampaikan mmg berbeza ngn kt ump ni..Struggle giler la dorang study dan aku xnampak dak2 ump ni sestruggle macam tu. 
tu pasal study, ni pasal pak guard lak. Giler tegas la kt sane, ramai lak tu maklum la tmpat besau kan nk bndingkan ngn ump ni seciput je. Mungkin sebab tu kot ramai guard. naik cuak aku bile ditanya oleh pak guard tu "mane kad matrik??" walhal mase tu aku dah memang berada kt dalm u tu, bkn nye time nk masuk. cuak seyy..dan macam2 cara la aku wat nk mengcoverkan diri yg cun ini.
Ok cite pasal cafe lak...kite mmg bese la kan tapau2 nasi n lauk pauk ni kan. Kt sane dh xpakai da polistrin ni,,dh pakai tupperware dh. bagus la...

Ape lagi yek...

Dapat kawan2 baru, kak dayah. kak raje, kak shida (tp die xbg aku pggil die kak), ade lagi 2 org kak dayah (dorg pggl angah n sorg lg dayah hasan), jack yg nyanyi sodap....dan ramai lg kwn2 seangkatan mereka....
Sepanjang laawatan aku tu byk2 thanks la kt dorang ni, ade lagi kwn2 aiman yg byk mmbantu. Helmi, afi, kaka, n sape2 je la yg tolong. Thanks ya.
Dan yg paling penting assistent aku yg setia....aiman syafiq..hehe
Terima kasih sbb menjayakan lawatan sambil belajar ini selama seminggu.

Macam bagi ucapan la pulak....hahaha....ape2 je la.
Tepuk la tgn...hahhaha


dah la xmo citer lagi....

  • sangat suke tagline kt blog yana samsudin aka wawa lam adnan sempit tu...~HARUSLAH LOVE~


  • Tahun baru 1.1.2011 juge kite kehilangan pelakon berbakat Faisal Yusup. al-Fatihah tuk arwah.

aku dikidnap oleh mereka

jalan2 di BP Mall

aku mmg adik

nk p tgk ngangkung..




caiyok2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...