bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 21, 2011

Tak Mahu HiPokRit, AkhiRnYa BerTamBaH DoSa

Assalamualaikum...

Kali ni aku mau cerite pasal hipokrit la. Kenape ye..ce cite ce cite.
Korang pernah tak dikatakan hipokrit? Kenapa orang nak cakap korang hipokrit ye. Mesti sebab ape yang korang buat tu tak sama ngan diri korang yang sebenarnya. Bila ade orang cakap korang hipokrit, ape yang korang rase? marah ke, bengang ke, ataupon xde rase papepon. Bagi pendapat aku, bila kita hipokrit ni ade sebab kita tersendiri. Tapi xde sape tahu sebab yg sebenarnya. Orang asyik pikir negative je. Selalu tak dengar orang cakap...."eleh kau ni bertudung bukan ikhlas pon"........"ah kau ni nak nasihat aku konon, macam la kau baik sangat."

Tengok orang kita, kita nak buat baik pon salah kan. Walaupon kita ni bukan baik sgt, tapi mane tau bile kita berpura-pura baik akan menjadikan kita betul2 baik. Lagi-lagi soal agama kita Islam, yang wajib yang haram kite selalu abaikan. Aku ade bace satu artikel pasal hipokrit ni, tajuk die sama cam tajuk entry aku kali ni. Dalam tu cakap pasal isu pakai tudung. Sorang hamba Allah ni sorang yang freehair n die cakap yang die tak nak pakai tudung sebab kalau die pakai pon bukannya ikhlas dan sebab dia tak mahu jadi hipokrit. Die jugak cakap yang die tak mahu berubah kerana disuruh dan ingin berubah hasil hati sendiri. Tapi die sangat ambil berat pasal solat maknenye solat tak pernah tinggal la. 

Same jugak ngan entry aku yg sebelum ni pasal couple yang terbiase berpegangan tangan. Kenapa tak boleh tak pegang tangan. pernah sorang ni cakap yang die tak nak lagi pegang tangan sebab berdosa tapi kawan die cakap "biase la tu pegang tangan, tak payah la kau jadi hipokrit, jadi la diri sendiri". Inilah antara sebab dan penghalang untuk seseorang berubah ke jalan Allah. Untuk berubah jadi baik tak perlu la kita jadi diri sendiri. Betol tak? Dulu mase kat sekolah selalu je kita guna ayat ni mase jawab exam agama kan....."melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya". Ynag WAJIB kita kena laksanakan. Berbalik pada topik ni, sama ada kita IKHLAS atau tidak, SUKA atau tidak, DISURUH oleh orang lain atau pon TERBIT DARI HATI SENDIRI, ianya tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan kita sebagai orang islam.

Dalam artikel yang aku baca tu ade cakap yang kewajipan untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, WALAUPUN dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas. Maknenya kita wajib lakukan suruhanNya walaupon dalam keadaan terpaksa atau tidak ikhlas. Ibadah kita ni sebenarnya ade 2 level. Level yang pertama ialah melakukannya. Kedua ialah melakukannya dengan ikhlas. Kalau melakukannya tapi tak ikhlas, kita dah dapat pahala untuk level pertama tu.

Sebab tu la bila kita dah buat tapi tak ikhlas (hipokrit la orang cakap), kita kena berterusan melakukannya sehingga la kite dapat capai tahp kaikhlasan tu. Bukan senang untuk berubah ni. Tak boleh terus berubah, kena sikit2 la. Jangan peduli orang nak cakap kau ni hipokrit ke ape. Janji kita melakukan yang wajib.

Sama jugak ngan solat kan, takkan nak tunggu ikhlas baru nak solat?? Allah akan datangkan keikhlasan dalam diri suatu hari nanti.

So, walaupon tidak ikhlas, terpaksa, bukan dari hati kita sendiri, ia tetap WAJIB. Untuk berubah ke jalan Allah, kadang-kadang hipokrit tu memang perlu sebab kita tak boleh terus berubah kan. Slow-slow la kan.
 

SAYA NAK BERUBAH DAN BERHENTI MELAKUKAN DOSA SEKECIL MANA PON. NAK CAKAP HIPOKRIT CAKAP LAH.

Hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama.

INGATLAH....berterusan dalam dosa sedangkan kita tahu hukumnya, akan terus menambah besar kemurkaan Allah dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di suatu hari nanti yang diharapkan.


Renung-renungkan la wahai SAHABAT

2 comments:

komen la kalo xmalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...