bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 13, 2011

Cintakah Kau pada si Dia

Assalamualaikum..

Hari ni nak cakap pasal cintan cintun la pulak..boley nggak..Sebelom tu meh sini nak tanya pernah dengar tak lagu ana raffali tu,,KALAU BERPACARAN..Ha mesti ingat lirik die kan. Orang kite zaman sekarang ni dengar lagu je tanpa menghayatinya. Cubala kite amek iktibar dari lagu tu, jangan tau dengar dan nyanyi je. Ni nak cakap sikit ni bukan ditujukan pada sesape pon. Ini adalah peringatan pada semua dan jugak pada diri saya sendiri. Lebih kepada diri sendiri. Meh kite sama2 hayati sikit lirik lagu ni.

Kalau berpacaran, memang banyak pantang larang
Menjaga susila, ibu bapa adik abang
Apabila berdua, carilah tempat yang terang
Agar tigak pula mencuba aksi terlarang

Boleh pandang2
Jangan pegang2
Duduk renggang2
Bertambah sayang

Biar malu2
Biar segan2
Kerna malu itu perisai orang beriman

Tak betol ke ape yg dorang nyanyi tu. Betol hundred percent kan??? Tapi kenape kite tanpa segan silu berpegangan tangan sama pacar kita? Selalu je dengar org ckp 'ala biase la tu couple pegang2 tangan'
Astaghfirullah, biase katenye. Padahal kite tahu sekirenye bersentuhan kulit antara lelaki dan pompuan tu haram, tapi kenapa buat jugak. Dulu masa belajar time school, ustazah cakap kalau kite sentuh kulit ngan org bukan muhrim same je ngan kite sentuh anjing/khinzir. Kan haram tu. Kalau tersentuh binatang2 ni kita tau kena samak. Tapi kalau sentuh kulit bukan muhrim kite ape kita buat?? Nothing kan. Itulah fenomena remaja zaman sekarang. Sebab tu la kita yang berpacaran ni dan pegang tangan tu dah jadi perkara biase bagi kita, hendaklah kita hindari ni semua macam yang dalam lagu ni cakap----->
Boleh pandang2
Jangan pegang2
Duduk renggang2
Bertambah sayang
 Apabila berdua carilah tempat yang terang
Tapi kita manusia yang ade nafsu kan, sukar nak ditahan. So langkah yang terbaik ialah hindarkan diri berdua-duaan di tempat tempat yang sepi, menghindari jalan berdua di malam hari, dan berusaha membatasi saat saat jumpa agar selalu di tempat ramai, hingga kesopanan dan norma syariah tetap terjaga dengan sendirinya. Kalau tak boleh juga tak usah lah jumpe.

Bile dah pegang2 ni boleh menjurus pada syahwat, kemesraan dan berahi, dan hal itu telah dijelaskan oleh Allah swt dalam firman Nya : “Janganlah kau dekati Zina”, dekati disini tentunya bukan zina, namun hal hal yang mendekatkan kita pada perbuatan zina. Ade jugak org cakap pegang2 je bukannye berzina pon. Ade lagi yang cakap boleh pegang2 tapi pandai2 la jaga diri agar tak sampai ke arah zina. Boleh ke cakap macam tu walhal Allah sendiri berfirman "janganlah kau dekati zina".

Bagi gue, gue lebih rela tak berjumpe/dating sama pacar gue daripada kite bergelumang ngan dosa. TAK JUMPA??? tak kangan ke sama pacar kamu. Pacar kamu juga mesti kangan sama kamu. Ade cara lain selain bertemu. Sekarang kan dunia siber. Ade terbaca satu nasihat untuk org berpacaran ni, katanye "Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu". Dan satu lagi katanye, "Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'". Means that its ok kalu tak bahagia mase bercinta sebab ianya akan menjadi bahagia apabila dah berkahwin dan jadi miliknya yang sah. So bertahan lah kita walaupon tak bahagia sekarang, walaupon berjauhan, walaupon terpaksa menahan rindu kerana kita kan capai juga saat bahagia tu. So dont worry ye.


Kalau kita betol2 cinta pada kekasih kita, sama2 la kita hindari perkara yang dianggap remeh-temeh dan diambil mudah ni. Itulah cinta yang sebenar. Kalau kita dah biase pegang2 jangan lah kita takut untuk merubahnye. Kalau pegang2 tu adalah diri kite yang sebenar dan kite tak mahu jadi orang lain dengan merubahnya, so janganlah jadi diri sendiri. DON'T BE YOURSELF BUT IMPROVE YOURSELF.  

Kepada yang tercinta, saya sayang awak sangat dan harap kite bahagia kelak bukan sekarang. Bahagia dengan hubungan yang diredhaiNYA.










 
 
Ni ade sikit nasihat dipetik dari iluvislam.com..Same2 lah kite renungkan.


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
 
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
 
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
 
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
 
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
 
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
 
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
 
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
 
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
 
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
 
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.












2 comments:

komen la kalo xmalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...