bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 18, 2012

~Don't Keep Score~

Jom kita amalkan teknik "Don't Keep Score"...sumber ilham daripada tentangcinta.com. Aku rasa teknik ini sangat berkesan dalam perhubungan dimana kita tidak begitu berkira dengan pasangan kita.

Pendapat aku mengatakan bukan sahaja pasangan suami isteri atau pasangan kekasih yang perlu amalkan teknik ini. Penting juga dalam menjaga hubungan antara adik beradik, rakan sekerja, rakan sebilik seasrama, teman serumah dan segala bagai se.. lagi.


Dalam teknik ini kita tidak berkira dengan segala pengorbanan yang kita lakukan untuk mereka. Pengorbanan disini tidak kira ianya sekecil zarah sekalipon. Sebagai contoh yang mudah dalam tentangcinta.com,


Anda mengosongkan bakul sampah di rumah. Tugas tersebut mungkin sepatutnya diuruskan oleh pasangan anda, tetapi anda buat tugasan itu tanpa berkira turn siapa yang patut mengosongkan bakul sampah tadi. Dan anda pula berkata, “Hari tu dah tolong awak kosongkan bakul sampah, takkan hari ni nak mintak tolong sikit pun tak boleh?”

So, tanpa banyak celoteh, saya petik aje petikan tentangcinta.com ini,

Jika anda sentiasa berkira dalam membuat sesuatu, anda pasti akan rasa tertekan dan kusut dengan keadaan diri anda dan sekeliling.
Salah satunya anda asyik fikirkan, “kalau aku tolong pun, nanti bukan dia nak tolong aku.” Di sini anda sudah meletakkan dinding penghalang yang besar di depan anda. Benda yang sepatutnya mudah, tetapi anda jadikan ia susah. Dan akhirnya bakul sampah tadi yang penuh dengan sampah, terus terbiar dan menyebabkan rumah anda kotor. Siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susah…
Selain daripada itu, jika anda tidak berkira dalam menolong pasangan anda, anda akan rasa lebih tenang dan rileks. Malah anda akan dapat lebih lagi.
Ada teori mengatakan, “Lagi banyak yang anda beri, lagi banyak yang anda dapat”. Jika tidak percaya, cuba anda amalkan memberi dan terus memberi. Dan lihat berapa banyak pula yang anda dapat daripada pemberian anda tadi.


Okay sudah faham maksudnya disini? Jangan berkira dengan apa yang kita buat. Just berikan pertolongan selagi ia tak menyusahkan kita. Kesannya adalah dapat mengeratkan lagi hubungan dan tiadalah segala salahfaham kau tak sayang aku, aku tak sayang kau. Tolonglah semampu yang boleh tanpa berkira. Tolonglah dengan rela hati supaya hati kita pun senang.~~ DON'T KEEP SCORE~~



Photobucket

No comments:

Post a Comment

komen la kalo xmalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...