bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 6, 2012

Aku ADA, kAU aDA??

Hai salam Ahad,

Sudah 6 May bersamaan Ahad. Maknanya hampir tamatlah hujung minggu dan bermulalah kembali hari kerja. Pointnye disini tamat la sudah hariku 5 may yang mungkin tiada apa yang istimewa tapi tetap istimewa kerana tarikh 5 May la aku lahir ke dunia ini. Thanks my MA kerana bersusah payah lahirkan aku di bulan puasa dan saat orang menikmati juadah berbuka puasa. You're precious mom i ever had.

A big thanks to wany dengan entry special untuk aku di aleeyaqaisara. Aku boley tunggu 30 May kot kalau nak merasa kek harijadi. Hehehe~~

Pagi ahad ni bangun pukul 9, kemas rumah dan basuh m0t0r. Macam biasa jiran sebelah2 rumah pagi2 hujung minggu memang selalu pasang radio. Radio apa tak berapa nak dengar. Tetibe pagi tadi dengar lagu 'beginilah caranya' nyanyian yana samsudin dan shaheizy sam. Aik lagu ni dah ade kat radio ke? sebelum ni aku dah download lagu ni. Untuk menjawab persoalan aku pon tanyalah encik youtube, tup2 jumpa lah video klip lagu ni. Time aku download lagu ni takde lagi vidoe klip ni. Rupenye lagu ni lagu ost dalam filem baru dieorang ''Aku Ade, Kau Ade??'" Tengok trailer die, Hati ni dah melonjak-lonjak nak tengok filem ni. Ditayangkan 24 MAY 2012. Please someone bawak aku tengok citer ni. 

Antara pelakon citer ni Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli dan pelakon baru kot Wanna Ali. Yang best filem ni dilakonkan di Korea. Rasanya ni dah kali kedua Yana dan Sam berlakon kat Korea. Sebelom ni citer hantu Kubur Tak Bertanda. Sweet la dorang lakon sama. Dalam citer ni ade 3 lagu ost nyanyian pelakon2 citer tu sendiri. 'Beginilah Caranya' by Yana dan Sam. 'Halus Berbisa' by Yana. 'Baby Crazy' by Sam dan Wanna Ali. Ade gaya k-pop sikit. Comedy Romance and Musical.



p/s: Teringin sangat nak tengok filem ni. Kan best kalo ade org bwk g tgk wayang filem ni as my besday present.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

komen la kalo xmalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...