Assalamualaikum
aku tidak mahu fikir tentang rindu dan sayang pada manusia
apa yang aku mahu fikirkan adalah rindu dan sayang pada Allah
aku tidak mahu fikirkan tentang masalah cinta
apa yang aku mahu fikirkan ialah bagaimana untuk aku kusyuk dalam solat tanpa memikirkan masalah dunia kerana masalah dunia menyebabkan aku tidak kusyuk padaMu
aku tidak mahu fikir tentang keburukan orang lain
apa yang aku mahu fikir ialah cara untuk aku dapat keredhaanMu
aku tidak mahu fikir untuk menagih kasih si dia
apa yang aku mahu fikir ialah bagaimana cara untuk menagih kasih dariNYA
aku tidak mahu fikir untuk membalas kejahatan orang
apa yang aku mahu fikirkan ialah untuk memohon keampunan dariNYA
aku tidak mahu fikir lagi perkara remeh
apa yang aku mahu fikirkan ialah untuk tidak mengambil remeh akan suruhanMU
aku tidak mahu fikir tentang pasangan yang berpegangan tangan dan berpelukan
apa yang aku mahu fikirkan ialah untuk tidak menjadi seperti mereka
aku tidak mahu fikir tentang pasangan yang berpegangan tangan dan berpelukan
apa yang aku mahu fikirkan ialah untuk tidak menjadi seperti mereka
Ya ALLAH Ya Tuhanku, bantulah aku agar aku tidak lagi memikirkan perkara yang membuatkan aku lalai kepadaMu.
aku benar-benar ingin berubah
No comments:
Post a Comment
komen la kalo xmalu