bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Percubaan Pertama



Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan smua...hopefully uolz sihat sokmo ye. Kepada cik 'aieen kacak, harap anda cepat sembuh dan jangan tak makan ubat lagi ye..Marah tau kalo tak makan ubat. Cepat sembuh n boleh la gelak tebahak-bahak lagi ye.

Esok ade test CNI then luse lak ade test PPC and TA....Banyak lak test minggu ni. Sebelom sambung study lagi, nak habaq mai pasal projek aku ni. Kali aku dah siapkan order dari sorang dak ni nak hardisk case. Katenya nak belang-belang kaler pink kuning n hijau. WOW smuanya kaler terang2 ok. Pastu die tak nak letak nama die tapi nak letak my hardisk. Ok takpe, aku try je la buat cane2 pon kan. Percubaan pertama buat hardisk case ni..



TADAA DAH SIAP DAA PON....


nI LOM CIAP AG

TADAA


COMEI TAK..HEHE

Thursday, February 24, 2011

Iklan-iklan bukan ikan ye...

Assalakualaikum..

Kat sini nak iklan sikit untuk sape-sape yang nak pegi melancong ni..
or kepada sape2 yang suke sangat melancong ni. 
Klik la sini kalau nak tau iklan ape tu.

Sebenarnya saje-saje je cuba try iklankan 
kempen2 yang kat SAYS.my tu..
Kalo nak try la wat gak. 
Tengok la pe dia hasilnya. J
ust klik nak tengok iklan je kan.

Monday, February 21, 2011

Tak Mahu HiPokRit, AkhiRnYa BerTamBaH DoSa

Assalamualaikum...

Kali ni aku mau cerite pasal hipokrit la. Kenape ye..ce cite ce cite.
Korang pernah tak dikatakan hipokrit? Kenapa orang nak cakap korang hipokrit ye. Mesti sebab ape yang korang buat tu tak sama ngan diri korang yang sebenarnya. Bila ade orang cakap korang hipokrit, ape yang korang rase? marah ke, bengang ke, ataupon xde rase papepon. Bagi pendapat aku, bila kita hipokrit ni ade sebab kita tersendiri. Tapi xde sape tahu sebab yg sebenarnya. Orang asyik pikir negative je. Selalu tak dengar orang cakap...."eleh kau ni bertudung bukan ikhlas pon"........"ah kau ni nak nasihat aku konon, macam la kau baik sangat."

Tengok orang kita, kita nak buat baik pon salah kan. Walaupon kita ni bukan baik sgt, tapi mane tau bile kita berpura-pura baik akan menjadikan kita betul2 baik. Lagi-lagi soal agama kita Islam, yang wajib yang haram kite selalu abaikan. Aku ade bace satu artikel pasal hipokrit ni, tajuk die sama cam tajuk entry aku kali ni. Dalam tu cakap pasal isu pakai tudung. Sorang hamba Allah ni sorang yang freehair n die cakap yang die tak nak pakai tudung sebab kalau die pakai pon bukannya ikhlas dan sebab dia tak mahu jadi hipokrit. Die jugak cakap yang die tak mahu berubah kerana disuruh dan ingin berubah hasil hati sendiri. Tapi die sangat ambil berat pasal solat maknenye solat tak pernah tinggal la. 

Same jugak ngan entry aku yg sebelum ni pasal couple yang terbiase berpegangan tangan. Kenapa tak boleh tak pegang tangan. pernah sorang ni cakap yang die tak nak lagi pegang tangan sebab berdosa tapi kawan die cakap "biase la tu pegang tangan, tak payah la kau jadi hipokrit, jadi la diri sendiri". Inilah antara sebab dan penghalang untuk seseorang berubah ke jalan Allah. Untuk berubah jadi baik tak perlu la kita jadi diri sendiri. Betol tak? Dulu mase kat sekolah selalu je kita guna ayat ni mase jawab exam agama kan....."melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya". Ynag WAJIB kita kena laksanakan. Berbalik pada topik ni, sama ada kita IKHLAS atau tidak, SUKA atau tidak, DISURUH oleh orang lain atau pon TERBIT DARI HATI SENDIRI, ianya tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan kita sebagai orang islam.

Dalam artikel yang aku baca tu ade cakap yang kewajipan untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, WALAUPUN dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas. Maknenya kita wajib lakukan suruhanNya walaupon dalam keadaan terpaksa atau tidak ikhlas. Ibadah kita ni sebenarnya ade 2 level. Level yang pertama ialah melakukannya. Kedua ialah melakukannya dengan ikhlas. Kalau melakukannya tapi tak ikhlas, kita dah dapat pahala untuk level pertama tu.

Sebab tu la bila kita dah buat tapi tak ikhlas (hipokrit la orang cakap), kita kena berterusan melakukannya sehingga la kite dapat capai tahp kaikhlasan tu. Bukan senang untuk berubah ni. Tak boleh terus berubah, kena sikit2 la. Jangan peduli orang nak cakap kau ni hipokrit ke ape. Janji kita melakukan yang wajib.

Sama jugak ngan solat kan, takkan nak tunggu ikhlas baru nak solat?? Allah akan datangkan keikhlasan dalam diri suatu hari nanti.

So, walaupon tidak ikhlas, terpaksa, bukan dari hati kita sendiri, ia tetap WAJIB. Untuk berubah ke jalan Allah, kadang-kadang hipokrit tu memang perlu sebab kita tak boleh terus berubah kan. Slow-slow la kan.
 

SAYA NAK BERUBAH DAN BERHENTI MELAKUKAN DOSA SEKECIL MANA PON. NAK CAKAP HIPOKRIT CAKAP LAH.

Hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama.

INGATLAH....berterusan dalam dosa sedangkan kita tahu hukumnya, akan terus menambah besar kemurkaan Allah dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di suatu hari nanti yang diharapkan.


Renung-renungkan la wahai SAHABAT

Sunday, February 13, 2011

Akhirnya capai gak 100

Assalamualaikum semua...

Semalam saya ngan wany pegi jual baju ag dari bilik ke bilik. Sebelom CNY tu dh dapat 80helai baju ditempah. So kami ingat nak cukupkan 100helai. Semalam dari kol9 mlm sampai la kol 12 habis kami pusing 4 blok. Bayangkan satu blok ade 4 floor, 1 floor ade 12 bilik. Maknenye 1 blok ade 48 bilik dan maknenye jugak 4 blok ade 192 bilik. Fuhh gile kau 192 bilik. Tapi nasib baik ade gak bilik yg berkunci, xde org. So capai gak 100helai bju lebey2 skit. Ingat mlm ni nak habiskan je 2 blok lagi. Esok dah nak hantar dah tempahan tu..Dengan hidung ni berhingus tekak sakit,,nasib baik sore ade lagi.

Cintakah Kau pada si Dia

Assalamualaikum..

Hari ni nak cakap pasal cintan cintun la pulak..boley nggak..Sebelom tu meh sini nak tanya pernah dengar tak lagu ana raffali tu,,KALAU BERPACARAN..Ha mesti ingat lirik die kan. Orang kite zaman sekarang ni dengar lagu je tanpa menghayatinya. Cubala kite amek iktibar dari lagu tu, jangan tau dengar dan nyanyi je. Ni nak cakap sikit ni bukan ditujukan pada sesape pon. Ini adalah peringatan pada semua dan jugak pada diri saya sendiri. Lebih kepada diri sendiri. Meh kite sama2 hayati sikit lirik lagu ni.

Kalau berpacaran, memang banyak pantang larang
Menjaga susila, ibu bapa adik abang
Apabila berdua, carilah tempat yang terang
Agar tigak pula mencuba aksi terlarang

Boleh pandang2
Jangan pegang2
Duduk renggang2
Bertambah sayang

Biar malu2
Biar segan2
Kerna malu itu perisai orang beriman

Tak betol ke ape yg dorang nyanyi tu. Betol hundred percent kan??? Tapi kenape kite tanpa segan silu berpegangan tangan sama pacar kita? Selalu je dengar org ckp 'ala biase la tu couple pegang2 tangan'
Astaghfirullah, biase katenye. Padahal kite tahu sekirenye bersentuhan kulit antara lelaki dan pompuan tu haram, tapi kenapa buat jugak. Dulu masa belajar time school, ustazah cakap kalau kite sentuh kulit ngan org bukan muhrim same je ngan kite sentuh anjing/khinzir. Kan haram tu. Kalau tersentuh binatang2 ni kita tau kena samak. Tapi kalau sentuh kulit bukan muhrim kite ape kita buat?? Nothing kan. Itulah fenomena remaja zaman sekarang. Sebab tu la kita yang berpacaran ni dan pegang tangan tu dah jadi perkara biase bagi kita, hendaklah kita hindari ni semua macam yang dalam lagu ni cakap----->
Boleh pandang2
Jangan pegang2
Duduk renggang2
Bertambah sayang
 Apabila berdua carilah tempat yang terang
Tapi kita manusia yang ade nafsu kan, sukar nak ditahan. So langkah yang terbaik ialah hindarkan diri berdua-duaan di tempat tempat yang sepi, menghindari jalan berdua di malam hari, dan berusaha membatasi saat saat jumpa agar selalu di tempat ramai, hingga kesopanan dan norma syariah tetap terjaga dengan sendirinya. Kalau tak boleh juga tak usah lah jumpe.

Bile dah pegang2 ni boleh menjurus pada syahwat, kemesraan dan berahi, dan hal itu telah dijelaskan oleh Allah swt dalam firman Nya : “Janganlah kau dekati Zina”, dekati disini tentunya bukan zina, namun hal hal yang mendekatkan kita pada perbuatan zina. Ade jugak org cakap pegang2 je bukannye berzina pon. Ade lagi yang cakap boleh pegang2 tapi pandai2 la jaga diri agar tak sampai ke arah zina. Boleh ke cakap macam tu walhal Allah sendiri berfirman "janganlah kau dekati zina".

Bagi gue, gue lebih rela tak berjumpe/dating sama pacar gue daripada kite bergelumang ngan dosa. TAK JUMPA??? tak kangan ke sama pacar kamu. Pacar kamu juga mesti kangan sama kamu. Ade cara lain selain bertemu. Sekarang kan dunia siber. Ade terbaca satu nasihat untuk org berpacaran ni, katanye "Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu". Dan satu lagi katanye, "Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'". Means that its ok kalu tak bahagia mase bercinta sebab ianya akan menjadi bahagia apabila dah berkahwin dan jadi miliknya yang sah. So bertahan lah kita walaupon tak bahagia sekarang, walaupon berjauhan, walaupon terpaksa menahan rindu kerana kita kan capai juga saat bahagia tu. So dont worry ye.


Kalau kita betol2 cinta pada kekasih kita, sama2 la kita hindari perkara yang dianggap remeh-temeh dan diambil mudah ni. Itulah cinta yang sebenar. Kalau kita dah biase pegang2 jangan lah kita takut untuk merubahnye. Kalau pegang2 tu adalah diri kite yang sebenar dan kite tak mahu jadi orang lain dengan merubahnya, so janganlah jadi diri sendiri. DON'T BE YOURSELF BUT IMPROVE YOURSELF.  

Kepada yang tercinta, saya sayang awak sangat dan harap kite bahagia kelak bukan sekarang. Bahagia dengan hubungan yang diredhaiNYA.










 
 
Ni ade sikit nasihat dipetik dari iluvislam.com..Same2 lah kite renungkan.


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
 
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
 
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
 
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
 
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
 
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
 
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
 
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
 
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
 
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
 
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.












Saturday, February 12, 2011

Wah ade lagi la...~~

Hai semua..

Hari ni penat nye..hidung tengah berhingus, ase nak demam tapi badan panas gitu2 je, bkn panas sangat pon maknenye tak demam la. Tak nak manjekan tubuh badan yang comei lotei ni. Petang tadi ingat nak pegi jumpe my supervisor nak bincang pasal psm. Tau nggak psm tu ape..hehe kalo tak tau ni nak habaq mai ni. Psm tu makne dio projek sarjana muda. Pegi la ngan wany tapi my sv tu tak ade la pulak, memang saje je tak buat appoiment dulu, hehe.

Balik je bilik tu aku tiup belon ngan k.raudzah and wany. Nak buat ape belon2 ni? Sebenornye nak sambut beday teha. Takmo la sambut ngan baling2 telor n tepong lagi, membazir je. Mahal tau tepor sekarang ni. So kitorang plan la wat majlis skit. Dengan adenye rice cooker kat bilik tu boleh la masak. Tadi kitorang masak la tomyam cendawan, sayur campur2, cekodok sodap and telor dadar. Punye la kelam kabut takut2 teha dah sampai. Teha semalam pegi tengganu.Kami pulak jemput kawan2 lain dlm 5 n 6 orang. Mane tak kelam kabut nye, start masak kol 8 mlm, teha lak sampai kol 9 lebey2 la. Nasib baik sempat gak. Dorang cakap aku ni tak pandai menipu. Betol ke.hihihi. Yela, menipu sket je orang dah tau.

p/s: dorang cakap kami masak sodap..

p/s/s: kami yang memasak ialah mouja, k.raudzah, wany, salihah...perlu mention ke??..:))


Then lepas je makan2 tu, cik faieen lak excited nak aku ajarkan die jahit craft tu. Tang tu jugak aku ajorkan. Wah punye excited ye .heheeh. seronok kan.

TADAAA..











FuhhH



Ni lauk tengahari tadi..Lauk majlis tadi lupe lak nak record.Belon je sempat amek, tu pon banyak yang dah diletupkan. Ade gak belon kitorg letak bedak kt dalamnye then pecahkan atas kepala teha..hahaha.
Wangi sket dari tepong kan..


Thursday, February 10, 2011

~~At last i didit...~~





Tadaa...tapi ni belom siap sepenohnye lagi....


KeLetap keLetuP.....

Hai shumer....

Keletap keletup bunyi keypad henpon teha yg tgh baring dpn aku ni..katenye nak tido. Besday gurl la ni. Happy besday FATIHAH MOHD HAMZAH merangkap classmateku  and coursemateku selama hampir 3tahun dan juga merangkap rumateku selama hampir 2tahun. Beliau ni bukan kawan baik (omputeh ckp bff la--->.bestfrenforever) aku sebab org cakap bff ni sebaiknye jangan dok sebilik or serumah. Biaselah org pompuan bayak konflik/krisis skit, tak macam laki. Hati org pompuan ni memang sangat sangat sangat sangat mudah tersentuh. Bak kate org puteh touching lebey la. Org laki pon ade gak yang suke tacing, Tapi tacing org pompuan ni lain macam sket, bolah wat gadoh besar tau. So aku tak nak anggap beliau ni bff aku sebab bff ni la kebarangkalian besar akan jadi musuh. Tu pandangan aku la, walopon aku ngn beliau ni kamceng giler la katekan tapi xmo anggap bff pon. Pelik tak. haha ape2 je la. Bukan ape, kawan2 same je..jangan nak lebih2kan satu pihak je. Kite berkawan ikhlas kan. InsyaAllah kekal abadi selamanye persahabatan kite ni.


Untuk FATIHAH, 
selamat ulang tahun kelahiran ye.
Wishing you great beginning 
and happy ending 
and always.
Jangan sedey2, 
sentiasa la bergumbira.
Walopon dalam gumbire ade duka,
insyaAllah dgn senyuman 
akan menghilangkan duka tu.










Wednesday, February 9, 2011

ExCited~~

Hai semua,

Aku ni memang susah la nak update blog ni walhal dalam kepala otak aku ni banyak gilerr bende nak cerita ni. Maybe susah kot nak translate kan isi otak aku ni masuk dalam blog ni. Ish3 ape yang susah nye, cerita je la ape yang ade dlm pale otak tu kan. Ok abaikan je.

Kalo ikot kan tajuk entry aku ni pasal excited. Ape yang excited sgt ni cik mouja oii.

Hari ni dah masuk hari rabu. Maknenye dah 2 hari berada di ump lepas cuti raye cine minggu lepas. Banyak citer suke duke mase cuti tu.Hahaha takmo citer la. Kenangan yang xkan aku lupe. Syok gilerr, takut gilerr, besh giler, serik gile pon ade. Its ok, dapat pengajaran dan dah mula rasa nak berubah and dah tekad+nekad+azam nak berubah. InsyaAllah i can do it.

Hari isnin ari tu mase lab daddy shariman, daddy ade bawa 3 jenis topi warne ijau, merah n biru. Sempat agi daddy beli. Cuma spec mata je xde n terpaksa gune kertas je. Lawak la. Mesti korg pelik kan nak buat ape la ngn bende alah ni sume. Bukan nak sukan tahunan ye macam kt skolah dulu. Ni nak buat ala2 meeting kt company tu. Sesi pembentangan kertas kerja. Each groups have to present their products or their whatsoever, bergantung pada bahagian masing2 la. Lepas habis 1 group present ni present, kami yang pakai topi ijau ni kene bg komen2 yang positive, topi merah lak kene komen yang negative je, biru lak dua2 pon boleh. Spec mata merah sebagai retailer. spec itam lak sebagai user/pembeli. Cam best je kan. Suke2 je..

Yang aku excited nye topi ijau tu de gambar mickey mouse. Ape lagi aku org 1st yg amek topi tu..hehe.








Ade lagi yang excitednye.
Tadi kelas prof abi kol 8-11. Then sambung lak kelas daddy shariman kol 11-1. Kelas prof abi habis 15minit awal and cam biase la budak2 ni akan pegi cafe umi dulu. Tuk ape lagi kan, makan la. Perut masing2 dah bergendang da. Kelas daddy tu kol 11.20 baru kitorang masuk. Jahat kan. Dah la dok depan sekali, masuk lewat lak tu. ish3. Haa! yang aku excited nye, aku sebenornye nak ponteng kelas daddy dek kerana mata ni yang mengantuk giler. Dah bawak beg ni ikot dorg g mkn. Siap2 makan nak balik bilik ni, teringat la satu bende,,AKU TAK BAWAK KUNCI BILIK. Kunci rumate2 len sume dok kt kelas, so patah balik la ke kelas and teroskan la p&p macam biasa. Tak jadi la plan nak ponteng kelas. Bak kata pepatah 'org yang baik ni susah nak wat jahat, ade je halangan'...hahaha, ade ke pepatah cenggitu. Hentam je la belalang.


Lagi2 ape lagi yang excited ni...

Tadi g shopping beli brg2 dapur. Nak masak la katekan. Maklum la kt bilik ni dah ade puyuk nasik. Dah balik beli barang tu teros kitorg masak. Excited x.hehe..sebenornye memang masing2 dah lapo..hahaa. Masak sardin n telor dadar je...Sodap wa ckp lu.

Ni la die rupe telor dadar ktorg masak....




Last skali excited nak start bisness ni..heheehe..Lets go bebeh.!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...