bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

wHaTs On yOuR MiNd Now

Okay semalam selamat sudaa presentation MOT. Sangat berpuas hati walopon preparation yang sangat singkat. Before present tu punye la cuak giler kami ni. Mane tak nye, group sbel0m kami tu punye presentation salah kerana tidak menjawab soalan. Kata En.Nazif la, lecturer kami tu. Kami sangat cuak+takut mau present sebab group kami tak tunjuk dan tanya langsung kt En.Nazif kot2 salah ke boley la perbetulkan kan. Nak tunjuk apenye malam sbelom present tu baru siap slide. Mouja pulak malam tu baru la terkedek2 nak buat proposal tuk PSM. Start buat proposal pukul 12mlm sampai la pukul 3.30pg. Then study lak tuk presentation tu sampai la pukul 7pg. Fuuhhh!! Terbaek la Mouja. Tidor sekejap then kol 11.40 nak present. Sampai2 kelas baru group 3 tengah present, group kami ke-6. Tunggu punye tunggu kol 12.30 baru present.
Dengan konfidentialnye kami pon present. Time part Mouja present orang mula gelak2, tau kan kenapa..haha. Bukan penonton yang gelak pon tapi ahli group Mouja sendiri yang gelak.Ade ke patot. Never mind lah kan,,dah biasa. Ape yang kami perhatikan group2 sblom ni present, En.Nazif asked question after finish their presentation tapi time Mouja present beliau teros menanyakan soalan. Naik cuak Mouja ni tau nak jawab. 'what is the different between GIS system and GPS system?'. Agak susah Mouja nak explain. Dah jawab ditanya lagi (x menjawab soalan la tu..haha). Last2 Mouja dibantu ahli group yang lain. Thanks to norzamree a.k.a buyi kerana sudi menexplainkan. Dah habis present en.nazif komen bagus cume perlu prbetulkan sket. Fuuhh lega bukan main kami ni. Thanks to all my group members atas presentation kalian dan membantu Mouja jawab soklan dr En.Nazif....Love u all la..Tiha, k.Raudzah, Wani, Sobrie dan Buyi.

Okay sekarang ni Mouja tengah pikir nak beli tiket bas ke KT or KB. Kalo xde ke jerteh kene beli ke KB mahal la harganye. Kalo beli KT t smpai dh petang sangat lak, dah xde bas SPbumi nak balik umah. Takkan nak suruh daddy Mouja ambek kt KT lak. Boley ke camtu? Esok try tanya la daddy kesayangan. Boley kot sebab anak kesayangan dia yang manja ni (manje ker??). Nak tumpang umah makcik kt KT tu dulu pon xmau la sebab esok nye tu dah raye haji. Takkan nak balik umah pagi raye kot. TAK MAU LA. Raye pose hari tu pon xsempat balik raye 1st. Sangat sedey ok.

Thursday, October 28, 2010

SebuAh KisAh

Ade pasangan kekasih ni..si gadis dan si jejaka..of coz la kan..hihi..si jejaka ni sifatnye sangat pandai memujuk bertentangan pula ngan  si gadis ni yang tidak pandai memujuk. Si gadis ni hatinya sangat lembut menyebabkan dia senang sangat menangis. Tapi kadang-kadang kata2 si gadis ini selalu juga menyakitkan hati walopon dengan rakan2 nya. Maybe sememangnya dia tidak bermaksud menyakitkan hati sesiapa. Tapi bile si gadis merajuk n menangis, si jejaka mula memainkan peranan untuk memujuk si gadis. Si gadis ni pula sangat senang dipujuk dan tiada masalah buat si jejaka untuk memujuknya. Tapi macamana pula bila si jejaka ini pula yang merajuk or sedang berduka? Si gadis cuba memujuk tapi apa kan daya pujukannya tidak membawa erti. Apabila si jejaka sedang berduka dan mengadu pada si gadis, semestinya si gadis memberi nasihat, tetapi nasihatnya lagi menyakitkan hati si jejaka. Langsung tidak melegakan perasaan si jejaka. Adakah si jejaka ini akan berfikir yang si gadis ini tidak memahami perasaannya? Adakah ini akan menyebabkan si jejaka tidak ingin bercerita lagi masalahnya pada si gadis ini dan rasa lebih senang menceritakan pada orang lain yang bisa menyenangkan hatinya?

Walau apapon anggapan si jejaka, si gadis ini sangat menyayangimu dan tidak ingin dirimu pergi pada orang lain. Sesungguhnya hanya Tuhan saja yang tahu perasaan si gadis ini terhadap si jejaka ini. Diharapkan si jejaka sudi memaafkan segala kata2 si gadis ini.

"AKU INGINKAN DIRIMU DATANG DAN TEMUI AKU,
KAN KU KATAKAN PADAMU,
AKU SANGAT MENCINTAI DIRIMU."

SudAh TibA mAsa KriTikAL uNtuK MouJa

Ape yang kritikal nye ni Mouja...
Ok hari ni dah hari rabu 27/10/10...saat2 yang sangat genting untuk Mouja manyiapkan segala tugasan@assignment@project@proposal..dalam masa sehari ker??? sempat ke Mouja oii..haha.
itulah die xmo buat awal2 kn..nilah akibatnye..

Semalam selamat sudah test Optimization Method yang sangat seronok.
Esok khamis ada project presentation untuk MOT (management of technology) dan group Mouja masih belum sbersedia sepenuhnya coz xsiap lagi.
Esok juga ada test Logistics dan Mouja memang tak habis study lagi. Sangat memeningkan Mouja.
Esok juga merupakan due date untuk proposal PSM dan Mouja tidak menyiapkannye lagi. Hebat tak Mouja??
Lusa pulak ada project presentation untuk Procurement. Naseb baik banyak jugak preparation yang dah buat walopon belom siap lagi.

Okay sama2 kita doakan Mouja dapat menghadapi semua ini dan semoga beliau menjadikan ini sebagai pengajaran supaya tidak lagi membuat kerja last minute.

Wednesday, October 27, 2010

SeLamAt uLanG TahUn SayAnG

Hari ini tanggal 27 Oktober 2010.

Dan hari ini merupakan kali keempat aku mengucapkan kalimah SELAMAT ULANG TAHUN kepada si dia. Kenapa kali keempat tidak kelima atau keenam walaupon aku mengenali si dia hampir 6tahun?? Itu persoalannya..hehehe.

Si dia ni merupakan seorang yang sangat special in my life beside my family. I know him since form4 (2005) tapi hanya kenal sebagai rakan se-MRSM because we're from different class and never talk each other. Kelas kami agak dekat walopon tidak bersebelahan. Aku just kenal name dan mukenye saje. Pada masa itu aku fikir dia ni seorang budak nakal (xtau betol ke x..hehe). Sebab aku pernah la nampak dia sakat2 budak2 pompuan. Then aku pikir dia ni memang budak nakal. Berakhir sudah form4 dan tiba la tahun yang menyaksikan perkenalan kami---->FORM5. Sebelom dapat tahu kelas mana aku bakal masuk, aku pon check la name list kt board,,,,punye lah cari xjumpe2..lepas 1-1 kelas aku check nama aku..xde gak...then tengok la kelas 5 ibnu-zuhri. Haa ini dia nama aku, dah jumpe pon. macam biase la kan aku pon tengok la nama2 rakan sekelas aku. Tertancap mata aku pada nama sorang mamat ni yang aku pikir2 budak nakal ni. ALAMAK!! sejujurnya masa tu aku tak nak sekelas ngan dia. Tetapi seperti ditakdirkan nama itu sekarang ini telah terpahat dihatiku. Itulah dia lelaki yang bernama AIMAN SYAFIQ BIN KAMAL.

kali terakhir kami jumpa 23/7/2010...Kuantan

ini kt Melaka lepas hbs program anak angkat di Johor..:))

ok kene berdiri dlm bas..Melaka

ni lak kt pasir gudang majlis fashion show my sis,:))









SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG YANG KE-21 TAHUN
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI
SEMOGA HUBUNGAN YANG TERJALIN BERKEKALAN DAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH SWT....

Thursday, October 21, 2010

PERPUSTAKAAN

Long time no see...hehe..

Ok sekarang saya berada di perpustakaan..Untuk pertama kalinya semester ni...Not just this sem but also the last semester i never enter in this place in UMP (universiti Malaysia Pahang). So, this is the 1st time i go to the library after 2 semester...ni pon sebab ade  group discussion (our project for the Procurement subject). Mula-mula nak masuk dlm lib ni rase cuak lak.hehe yela dh lame x masuk..kot2 ade prosedure die dh berubah ke...seronok lak dok dlm ni, rase-rase lepas ni nak datang lagi la..mane la tahu lps ni boley la aku jadi rajin study..hehe..tapi agak malas la nk datang sebab agak jauh la nak jln kaki ni...huhu..kalau dulu dekat je..tapi bak kata pepatah 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih' dan juga bak kata adnan sempit, 'dimana ada kemahuan, disitu ade HIGHWAY'.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...