bg

Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 17, 2013

Doa Penghulu Istighfar

Diilhamkan daripada UNIC, daripada doa dijadikan satu lagu yang cukup best..
Dinamakan penghulu istighfar kerana ia satu doa yang mengumpulkan seribu satu makna.
Sangat menyeluruh maknanya bagi hambaNya menyampaikan keinsafan dan taubat kepada yang maha Esa




Ya Allah Engkau tuhanku tiada tuhan selain Engkau
Engkau ciptakan aku dan aku hambaMu
Dan aku berada dalam janjimu 
Menurut kemampuanku
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang kulakukan
Aku sedari nikmatmu kepadaku
Dan kusedari akan dosa-dosaku
Ampuni aku 3x
Kerna susungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau


Photobucket

Sunday, November 3, 2013



"YA ALLAH,
Sungguh aku benar-benar mencintainya,
maka cintailan dia dan cintailah orang-orang yang mencintainya"

Photobucket

Friday, November 23, 2012

Assalam..

Jom selami jiwa bersama Dato' Fadzilah Kamsah. Topik yang menarik bagi saya kali ini ''Aduhai Anak MAk'' 

Sharing is Caring...

Mesti ada antara awok2 semua kenal @ mempunyai kawan, teman, pacarrr, suami atau siapa saje yang bergelar lelaki dan juga bergelar 'aNAk Mak'. Kadangkala sudah lama kenal baru kita tahu yang dia ni 'anak mak'. Apa mende nye anak mak ni kan, semua orang anak mak. Tapi 'anak mak' yang ni maksudnya sorang anak jantan lelaki yang sangat rapat denagn mak dia, mungkin manja dan ngada2 skit ngan mak dia ni, ada yang dikatakan tidak berdikari sampaikan semua keputusan mesti rujuk mak. Lebih kurang gitu la definisi 'anak mak' ni.

I like Fizo Omar's statement. He said that anak mak is not someone that sleep under his mom's armpit. Tidur bawah ketiak mak la. Itu adalah tanggungjawab untuk menjaga ibu yang telah menjaga kita daripada kecik lagi. Cantiknya  bak kata Dato' Fadzilah.

Mengikut kajian Dato' Fadzilah, fenomena anak mak ni biasanya berlaku pada anak sulung, bongsu, anak tunggal atau anak kedua yang sangat bertanggungjawab kpd ibubapa.

Cakap tentang jodoh, anak mak biasanya tanya mak dulu, bawak g jumpa mak dulu. Jawab Fizo lagi ''saya rasa mak saya lebih kenal siapa saya. Daripada dia (calon/gf) kenal saya melalui saya, lebih baik dia kenal saya melalui mak saya yang kenal saya dari kecik lagi. So saya akan rasa bahgia satu hari nanti bila bakal isteri saya dengan mak saya boleh jadi kawan''

Selalunya bercakap tentang anak mak mesti negatif je kan, so kali ni kita posotifkan anak mak ni ye. Just think positive, it will be positive even its take time to be positive. Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambaNya.

Mengikut kajian Dato' lagi, anak mak ni lebih penyayang dan lebih hormat kepada wanita secara umumnya. Dan juga lebih bertanggungjawab. Tapi ada juga yang lebih mengada-ngada katanya. Yang mana satu ni. Tengok orang jugak la kan. Lagi, anak mak ni mudah menolong kerja-kerja rumah seperti masak, cuci pinggan dan lain2 la.

Anak mak ni sebenarnya ikut sunnah, bila Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat siapakah yang patut dihormati dan diberi khidmat selepas Allah dan Rasul, dan jawapan yang kita semua tahu ialah ibumu seterusnya ibumu dan ibumu lagi seterusnya barulah bapakmu.

Mengikut kajian lagi, seorang ibu yang memang sayang pada anaknya, dia akan pastikan dia akan sayang pada plihan anaknya.

Anak lelaki sememangnya harus melebihi ibunya daripada isterinya. Setuju? walaupun kadangkala isteri akan terasa agak tersisih. So, isteri perlu lebih memahami peranan seorang suami dan anak lelaki.

Nasihat Fizo untuk anak-anak mak di luar sana tu....''mungkin kalau kita bercinta then dah break up, die akan jadi ex-gefren, dah berkahwin then xde jodoh kemudian bercerai, die akan jadi bekas bini aku, tapi pernah tak kita dengar bekas mak aku? maklah yang patut kita hargai selagi die masih ada daripada kita lebih menghargai gefren dan kwn2 kita sebab mak lah orang yang berdoa untuk kita dan rezeki kita masuk sebab doa mak.''

Selalu kita dengar apabila kita berkahwin kita bukan saja berkahwin dengan suami/isteri kita tapi kita kahwin dengan seluruh keluarga dia. Renung-renungkan dan selamat beramal~~

p/s: kepada awak, hargailah ibu lebih dari saya ok.
p/s/s: i realize that i'm not really appreciate u mom. ampun ma.

Photobucket

Saturday, November 3, 2012

Jom Koje~

Adakah anda sudah bekerja selepas menamatkan ijazah anda?

Kerja aku bukan tanam anggur tapi tanam sawit menyawit je la, haha

Berbakti la jugak untuk FELDA kan, xde la dpt duit free2 je mcm yg diperkatakan.

Dan yang paling penting berbakti untuk mak ayah. titik.

DEngan peluh yang menitik2 jatuh ke bumi.

Jasamu dikenang DAD.

gamba dulu ni, buahnye kecik lg, skrg dh gedabak da

KUAT TAK SAYA ??


Photobucket


Friday, May 18, 2012

~RinDu~

Sumber: pakarcinta.com


Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:


“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.



  • Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
  • Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
  • Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH 



BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”Photobucket

~Don't Keep Score~

Jom kita amalkan teknik "Don't Keep Score"...sumber ilham daripada tentangcinta.com. Aku rasa teknik ini sangat berkesan dalam perhubungan dimana kita tidak begitu berkira dengan pasangan kita.

Pendapat aku mengatakan bukan sahaja pasangan suami isteri atau pasangan kekasih yang perlu amalkan teknik ini. Penting juga dalam menjaga hubungan antara adik beradik, rakan sekerja, rakan sebilik seasrama, teman serumah dan segala bagai se.. lagi.


Dalam teknik ini kita tidak berkira dengan segala pengorbanan yang kita lakukan untuk mereka. Pengorbanan disini tidak kira ianya sekecil zarah sekalipon. Sebagai contoh yang mudah dalam tentangcinta.com,


Anda mengosongkan bakul sampah di rumah. Tugas tersebut mungkin sepatutnya diuruskan oleh pasangan anda, tetapi anda buat tugasan itu tanpa berkira turn siapa yang patut mengosongkan bakul sampah tadi. Dan anda pula berkata, “Hari tu dah tolong awak kosongkan bakul sampah, takkan hari ni nak mintak tolong sikit pun tak boleh?”

So, tanpa banyak celoteh, saya petik aje petikan tentangcinta.com ini,

Jika anda sentiasa berkira dalam membuat sesuatu, anda pasti akan rasa tertekan dan kusut dengan keadaan diri anda dan sekeliling.
Salah satunya anda asyik fikirkan, “kalau aku tolong pun, nanti bukan dia nak tolong aku.” Di sini anda sudah meletakkan dinding penghalang yang besar di depan anda. Benda yang sepatutnya mudah, tetapi anda jadikan ia susah. Dan akhirnya bakul sampah tadi yang penuh dengan sampah, terus terbiar dan menyebabkan rumah anda kotor. Siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susah…
Selain daripada itu, jika anda tidak berkira dalam menolong pasangan anda, anda akan rasa lebih tenang dan rileks. Malah anda akan dapat lebih lagi.
Ada teori mengatakan, “Lagi banyak yang anda beri, lagi banyak yang anda dapat”. Jika tidak percaya, cuba anda amalkan memberi dan terus memberi. Dan lihat berapa banyak pula yang anda dapat daripada pemberian anda tadi.


Okay sudah faham maksudnya disini? Jangan berkira dengan apa yang kita buat. Just berikan pertolongan selagi ia tak menyusahkan kita. Kesannya adalah dapat mengeratkan lagi hubungan dan tiadalah segala salahfaham kau tak sayang aku, aku tak sayang kau. Tolonglah semampu yang boleh tanpa berkira. Tolonglah dengan rela hati supaya hati kita pun senang.~~ DON'T KEEP SCORE~~



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...